Uqasha Senrose Dan Aprena Manrose Didakwa Tergamak Lakukan Ini Kepada Pembantu Peribadi Menurut Laporan Polis

LocalEntertainment
25 Aug 2024 • 10:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai seorang artis wanita popular disyaki telah memukul pembantu peribadinya dan nama Uqasha Senrose kena petik.

Walau bagaimanapun, Uqasha telah tampil menafikan perkara itu, dan juga berkata dia tidak tergamak untuk melakukan perbuatan tersebut.

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, individu yang mendakwa dirinya dipukul di pejabat Senrose Cosmetic itu ada petik nama Uqasha dan sepupunya, Aprena Manrose dalam laporan polis berkenaan.

Menurut individu itu lagi, Aprena didakwa menepuk mulutnya berkali-kali dan memukul bahagian lengan menggunakan penyangkut baju ketika dalam satu perbincangan.

Uqasha pula didakwa membaling kotak, merentap tudung dan meludah terhadapnya. Bukan tu jer, wanita itu juga dikatakan diugut sambil diacukan gunting dalam laporan berkenaan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro