“Pukul PA? Biar Betul? Saya Di Rumah Dengan Anak Sahaja”- Uqasha Senrose Tampil Bersihkan Nama

LocalEntertainment
19 Aug 2024 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kes seorang artis wanita popular disyaki telah memukul pembantu peribadinya.

Kes ini telah mendapat perhatian warga maya sehingga ramai yang telah membuat spekulasi sendiri.

Menerusi laporan mStar, salah seorang artis wanita yang dipetik ialah Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen.

Walau bagaimanapun, Uqasha telah tampil menafikan perkara itu, dan juga berkata dia tidak tergamak untuk melakukan perbuatan tersebut.

Debik PA? Biar Betul? Saya di rumah dengan anak sahaja.

Ingat saya gangster sangat nak debik (pukul).

Uqasha telah menjelaskan perkara itu ketika dia melakukan siaran langsung di TikTok.

Terdahulu,

Terdahulu, kakak kepada seorang pembantu peribadi mendakwa adiknya telah menjadi mangsa pukul pelakon terkenal.

Dakwanya, kejadian berpunca daripada adiknya yang membuka mulut menceritakan masalah rumah tangga yang dialami artis itu.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar