Uqasha Senrose ‘londeh’ perangai sebenar PA -“Main pakai baju tidur saya sesuka hati”

EntertainmentPolitics
26 Aug 2024 • 3:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Uqasha Senrose londeh perangai sebenar PA selepas namanya kembali menjadi sebutan apabila didakwa memukul pembantu peribadi sehingga laporan polis dibuat.

Setelah lama mendiamkan diri, Uqasha telah membuat naik beberapa perkongsian termasuklah tangkapan layar perbualannya dengan pembantu peribadi sebagai bukti tuduhan yang dilemparkan individu terbabit tidak betul.

image is not available

Uqasha Senrose tunjuk tangkapan layar perbualan

Ujarnya, dia tidak sangka individu yang diambil bekerja sanggup menfitnahnya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak betul walaupun dilayan dengan baik.

Uqasha juga pernah menasihati individu terbabit untuk tidak bercakap buruk tentang bekas majikan kerana terfikir bahawa boleh jadi dia akan mengalami perkara sama jika pembantu peribadinya itu tidak lagi bekerja dengannya.

image is not available

Uqasha Senrose dedah PA sesuka hati masuk bilik tidur

Dalam pada itu, isteri kepada aktor, Kamal Adli berkenaan juga memaklumkan yang pembantu peribadi terbabit turut sesuka hati memasuki bilik tidur dan mengambil wang tunai di dalam beg kertas tanpa kebenaran.

“Pertama sekali masuk bilik tidur peribadi saya tanpa kebenaran dan macam mana dia tahu ada duit banyak dalam tu pun saya tak tahu. Dah ada pembantu rumah kemaskan bilik saya kenapa dia juga nak masuk kemas bilik saya?

image is not available

Tak malu pakai baju tidur orang

Individu itu juga tanpa segan silu memakai baju tidur pelakon berkenaan dan mengadu domba tentang bekas majikan yang menolaknya dari mengambil dia bekerja.

Pemilik nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu turut memberitahu yang pembantunya juga berhutang dengan bekas majikan apabila menyertakan sekali tangkapan layar ditagih untuk membayar pinjaman terbabit.

“Tambah pula dia main pakai baju tidur saya sesuka hati? Perangai kampung mana ni? “Selepas itu mula mengadu domba bekas majikan tolak daripada ambil dia bekerja,” jelasnya.

image is not available

Fitnah kaitkan keluarga

Uqasha menyatakan yang kesabarannya juga mempunyai batas apabila individu berkenaan turut mengaitkan ahli keluarga termasuk ibu mentuanya dalam melemparkan fitnah.

Jelas pelakon selebriti terbabit, dia berasa ralat kerana gaji bulanan pembantunya itu dibayar penuh setiap bulan walaupun dia tidak mengambil sebarang tawaran bekerja.

image is not available

Terdahulu, tular di media sosial apabila Uqasha dikaitkan dengan laporan polis dibuat oleh seorang pembantu peribadi artis popular yang mendakwa dipukul sehingga menjadi perbualan hangat netizen.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia, 32 tahun itu menafikan tuduhan berkenaan kerana dia tidak tergamak melakukan perkara tersebut kepada orang lain serta sibuk menjaga anak di rumah.

Sumber: Instagram uqashasenrose