Uqasha Senrose Dedah Perangai ‘Buruk’ Pembantu Peribadi - “Tambah Pula Main Pakai Baju Tidur Orang Sesuka Hati?”

26 Aug 2024 • 2:54 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Uqasha Senrose tampil mendedahkan perangai sebenar bekas pembantu peribadinya yang didakwa membuat laporan polis terhadapnya atas tuduhan memukul.

 

Uqasha menerusi perkongsian di Instastory berkata dia tidak menyangka wanita yang diambil bekerja dan memberi layanan baik sanggup melemparkan fitnah terhadapnya.

 

“Sebelah beberapa orang buang you kerja, I ambil you kerja tanpa tanya apa sejarah you. Layan you baik, siap duduk rumah, tidur rumah, keluar masuk rumah macam rumah sendiri la (macam tak ada rumah sendiri, takkan kita nak halau).

 

“Kita ada saja conversation tu tapi cuba untuk tidak memalukan dia lagi dari bulan 10 sampai bulan 6 tahun ini. Tak shooting pun gaji bulanan tetap fix… tapi kerana terlalu selesa ni balasan you dekat orang?

 

“Fitnah dan aib yang you cuba buat sekarang ni you rasa you berjaya? Dengan banyak hutang dan pinjam duit sana sini. Siapa yang dahulu kan? Kita tak cakap kosong dik, kita cakap ada sekali dengan bukti,” kongsi Uqasha.

 

Pernah memberi nasihat agar tidak bercakap buruk terhadap bekas majikan, Uqasha bagaimanapun berkata dia pernah terfikir yang bekas pembantu peribadinya itu akan melakukan perkara yang sama kepadanya.

 

“Pernah nasihat berhenti cerita buruk fasal bekas majikan awak tapi memang sejenis mulut lembik dan suka bercerita hal dalam kain orang. Duk bercerita buruk saja semua fasal bekas-nekad bos dia.

 

“Sampai kita pun terdetik Kalau satu hari nanti dia tak kerja dengan aku, tak mustahil buruk aku pun dia akan bercerita tapi masa tu masih husnuzon,” ujarnya.

 

Pada perkongsian lain, Uqasha turut mendedahkan bekas pembantunya juga berani memasuki bilik tidur dan mengambil beg kertas yang berisi wang miliknya tanpa kebenaran.

 

“Benda pertama sekali, masuk bilik orang tanpa kebenaran dan macam mana dia tahu ada duit yang banyak daIam tu pun kita pun jem otak dah ada maid kemas tapi kenapa you juga nak masuk bilik I kemas bilik I?

 

“Masuk bilik privacy orang tu pun dah pelik. Siap mengaku tangan sambil lalu? Beberapa hari kemudian baru la Qasha perasan paper bag tu hilang nak cari dekat cctv after few days footage akan auto delete.

 

“Tapi time ni kita siap salahkan diri sendiri punya la percaya dekat orang tu,” dedahnya.

 

Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga bersenang-lenang memasuki rumahnya ikut suka dan memakai baju tidur milik pelakon tersebut.

 

“Masuk rumah orang sesuka hati, time ni dah mula rasa tak suka macam tak ada adab mak bapa tak ajar main masuk rumah orang. Tak cukup masuk keluar rumah orang sesuka hati tambah pula main pakai baju tidur orang sesuka hati?

 

“Peranqai kampung mana ni? Lepas itu mula mengadu domba ex boss dia tolak dia kerja,” katanya lagi.

 

Mahu menyelesaikan dengan cara baik namun Uqasha terkejut apabila kakak kepada wanita tersebut memilih media sosial sebagai platfrom untuk menjatuhkannya.

 

“Okay kita buka setakat itu saja dulu. Kita ini sedaya upaya tak nak mengaibkan dia nak selesaikan cara baik, suruh pulangkan emas-emas dan duit gaji yang dia langsung tak kerja.

 

“Dan apa-apa barang-barang yang dia ambil Qasha tak tahu. Tapi kakak dia pula nak guna media sosial don niat nak jatuhkan orang la? Dia lupa kot yang mostly wartawan ni kawan-kawan Qasha juga.

 

“Yang sepatutnya Qasha yang buka cerita dulu. Tak apa kita diam dulu. Bagi sebelah sana menyalak, sebelah sana rasa best dulu,” ujarnya.