Uqasha Senrose Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka, Terima Teguran Dengan Baik

EntertainmentLifestyle
25 Oct 2025 • 9:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia uqasha Senrose Cerai

Pelakon popular, Uqasha Senrose menerusi satu hantaran di Instagram memohon maaf kerana telah mengundang kontroversi baru-baru ini.

Pelakon ini berkata, dia menerima teguran orang ramai dengan baik termasuk yang memintanya mendapatkan bantuan profesional.

Uqasha mengaku salah ikut emosi

Uqasha juga berterima kasih kepada nasihat baik sesiapa sahaja yang menyokongnya di saat sukar ini.

Saya nak minta maaf kepada semua yang dah menonton video saya sebelum ni, gambar-gambar atau kapsyen yang mengundang kemarahan semua orang serta mengundang keaiban. Saya tak berniat langsung.

Ibu kepada seorang anak ini mengaku dia tidak sepatutnya bercakap mengenai rumah tangganya kepada umum.

Menurutnya lagi, sewaktu membuat luahan di media sosial mungkin dia tidak berfikir panjang, terlalu marah dan sedih.

Uqasha minta maaf kepada keluarga

image is not available

Katanya lagi, dia terlampau letih membuatkan dia bertindak mengikut emosi. Namun, Uqasha tidak menjadikan itu sebagai alasan.

Dia sepatutnya menangani isu secara matang dan tertutup. Dia juga meminta maaf kepada keluarga kerana telah mengundang kesakitan dan rasa malu.

Selepas ini, pelakon ini mahu fokus kepada diri sendiri untuk menjadi orang yang lebih baik termasuk seorang ibu yang lebih baik.

Pssttt! Semoga Uqasha dapat tenangkan diri dan menyelesaikan isu rumahtangga secara tertutup. Doakan yang terbaik buat Uqasha dan suaminya, Kamal Adli.

Kredit: Instagram Uqasha Senrose
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.