(Ura-Ura) Galaxy S24 Ultra Mungkin Sertakan Hanya Tiga Kamera Belakang – Kurangkan Satu Sensor Berbanding Sekarang

TechnologyDigital
15 Apr 2023 • 7:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung Galaxy S24 Ultra dijangka hanya hadir sekitar Januari atau Februari 2024 kelak. Namun, desas-desus awal berkenaan dengannya telah mula kedengaran di arena web.

Melalui desas-desus terbaru, ia dikatakan Samsung akan mengurangkan satu sensor kamera pada bahagian belakang – menjadikan Galaxy S24 Ultra hanya hadir dengan tiga kamera belakang, dan bukannya 4 kamera seperti pada Galaxy S23 Ultra.

image is not available

Ia dikatakan Samsung mungkin tidak sertakan sensor telefoto 3x pada telefon berkenaan kelak. Sebaliknya, keupayaan kamera tersebut dijangka akan diintegrasikan pada lensa periskop pada telefon sama.

Seperti biasa, buat masa ini, ia sekadar desas-desus awal sahaja, dan terdapat kemungkinan pelbagai perkara berubah memandangkan terdapat tempoh yang lama sebelum peranti berkenaan dihasilkan secara menyeluruh.