(Ura-Ura) Pengecasan Pantas 240W Mungkin Digunakan Pada Realme GT Neo5

TechnologyDigital
5 Dec 2022 • 3:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sokongan pengecasan pantas pada sesebuah telefon pintar adalah penting kerana ia sememangnya mampu memberi kelebihan penggunaan buat ramai pihak. Melaluinya masa pengecasan semula peranti akan menjadi lebih pendek, sekaligus bantu memudahkan rutin mereka yang sibuk bekerja.

image is not available
Realme GT Neo3

Realme merupakan salah satu pengeluar yang sering menyertakan sokongan pengecasan pantas dengan kuasa output yang tinggi pada telefon pintarnya. Misalnya seperti, sistem pengecasan pantas 150W yang digunakan pada Realme GT Neo3 sebelum ini. Ia membolehkan telefon pintar dicas semula mencapai 50% dalam masa kira-kira 5 minit.

image is not available
Realme GT Neo3

Desas-desus baharu kini mendedahkan variasi kemaskini bakal didatangkan dengan sistem pengecasan yang lebih baik. Sumber berkata, Realme GT Neo5 sedang dalam proses pembangunan dan menariknya, ia mungkin dibekalkan sistem pengecasan pantas dengan kuasa output mencapai 240W.

Terdapat dua kapasiti bateri yang didedahkan setakat ini yang merangkumi 5000mAh dengan pengecasan 150W. Sementara itu, peranti dengan sistem pengecasan 240W pula dibekalkan bateri sebesar 4600mAh. Ia juga dipercayai menggunakan teknologi sistem pengecasan pantas keluaran Oppo yang telah diumumkan sewaktu MWC 2022.

Perlu kami katakan, kesemua maklumat yang dikongsikan setakat ini masih di peringkat ura-ura. Pihak Realme juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan yang tular ini.