Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk melihat peranti Android hadir dengan penggunaan memori 8GB, 12GB, 16GB dan juga 18GB. Malah, dengan penambahan ciri virtual RAM, komponen storan juga boleh digunakan untuk menambah jumlah memori ini.
Terkini, Digital Chat Station di Weibo telah mengatakan bahawa sekurang-kurangnya tiga jenama peranti Android dari China, termasuklah OPPO, OnePlus dan Realme yang dijangka akan memperkenalkan peranti Android yang akan menggunakan sehingga 24GB memori LPDDR5X didalamnya.

Sehingga kini, kebanyakan peranti Android kelas premium tidak kira jenama menggunakan 16GB LPDDR5/5X untuk keperluan memori mereka, dan hanya Nubia RedMagic 7S Pro dilihat tampil dengan memori sebanyak 18GB RAM yang terbina.
Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai penggunaan memori yang banyak ini, tetapi jangkaannya ialah modul-modul memori 24GB ini akan diperlihatkan didalam peranti Android kelas premium oleh jenama-jenama ini kelak.
Samada penambahan memori ini akan membantu dalam menggerakkan sistem operasi Android yang akan datang, kita masih tidak tahu lagi buat masa ini.
- Sumber
- Android Authority
