Uruguay sedia jerat All Blacks

4 Oct 2023 • 2:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Vilaseca ketika beraksi berdepan Perancis pada 14 September lalu. FOTO: AFP

image is not available

KAPTEN Uruguay, Andres Vilaseca menegaskan Los Teros akan bertarung untuk setiap minit sebagai cara terbaik melengkapkan kejuaraan apabila berdepan New Zealand dalam aksi akhir Kumpulan A Ragbi Piala Dunia Perancis 2023 pada Jumaat.

Uruguay sebelum ini membuka kempen dengan kekalahan 12-27 kepada Perancis kemudian tewas 26-36 kepada Itali sebelum menang 36-26 ke atas Namibia di Lyon minggu lalu.

Jelas Vilaseca, Uruguay mempunyai perancangan khas apabila berdepan New Zealand, yang memerlukan kemenangan untuk dijamin tempat suku akhir.

“Pasukan ini bersedia untuk berdepan All Blacks yang mana kami akan menggunakan segala 'peluru terakhir' kami dalam kempen kali ini.

“Saya akan gembira jika pemain-pemain Uruguay dapat memberikan segala-galanya berdepan All Blacks dalam perlawanan yang bermula dengan kosong.

“Ya, saya juga suka All Blacks menurunkan skuad terbaik dalam perlawanan ini. Bagi kami, ia peluang unik dan saya gembira atas penghormatan yang mereka tunjukkan kepada kami,” katanya.


RAGBI PIALA DUNIA PERANCIS 2023

**media[2371142]**

KUMPULAN A

JUMAAT (6 OKTOBER)

New Zealand lwn Uruguay, 3 pagi

View Original Article