Usaha Alif Satar Ajak Solat Subuh Macam Jumaat Dapat Perhatian Orang Luar Negara

5 Jan 2024 • 9:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Di saat ada segelintir yang mempertikaikan usaha Alif Satar mengajak orang ramai solat subuh macam Jumaat, usaha baik ini tetap berjaya menarik perhatian orang luar.

Perkara ini dapat dilihat apabila seorang influencer luar negara terkenal memuji usaha Alif untuk program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’.

“You’re true a inspiration @alifsatar. MashaAllah, Tabarakallah!” – Razia Hamidi

Influencer muslimah itu dikenali dengan nama Coach Razia Hamidi dan telah berkongsi video Alif Satar memberikan kata-kata semangat tentang kepentingan solat subuh secara berjemaah di Instagram miliknya.

image is not available
Coach Razia Hamidi

Razia dilihat tertarik dengan kata-kata Alif yang mempersoalkan tindakan orang Islam yang lantang bersuara tentang kekejaman Israel ke atas Palestin tetapi susah nak solat subuh berjemaah di masjid.

“Let’s kickstart a global Muslim transformation!” – Razia Hamidi

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.