“Make this movement global” – Inisiatif Subuh Macam Jumaat Alif Satar Dapat Perhatian Muslim Sedunia

Entertainment
5 Jan 2024 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Inisiatif Geng Subuh Macam Jumaat yang dilancarkan oleh pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar kini benar-benar menjadi inspirasi buat orang ramai.

Meskipun ada yang yang kurang senang dengan inisiatif ini, pengaruh yang dibawa Alif ternyata sangat kuat sehingga perkara ini menjadi ikutan mereka yang berada di negara jiran.

Malah boleh dikatakan, gerakan #GengSubuhMacamJumaat ini juga sudah mencapai tahap worldwide apabila inisiatif telah dikongsikan oleh seorang pempengaruh di luar negara.

“Boleh tak kita buat pergerakan ini menjadi global di dunia Muslim?”

Influencer muslimah luar negara, Coach Razia Hamidi dilihat berkongsi potongan kata-kata semangat Alif Satar berkenaan kepentingan solat di waktu subuh secara berjemaah di Instagram miliknya dan mengajak orang ramai yang beragama Islam untuk turut serta dalam inisiatif hebat ini.

Anda inspirasi sebenar @alifsatar. MashaAllah TabarakAllah! Mari kita mulakan perubahan buat Muslim secara global!

“Semuanya bermula dengan kita merevolusikan ibadah secara individu dan kolektif. Boleh tak kita buat pergerakan ini menjadi global di dunia Muslim?” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Razia Hamidi (@razia.hamidi.coach)

“Bangga melihat Muslim yang hebat”

Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen positif daripada Muslim seluruh dunia dan Alif sendiri juga meninggalkan komen mengatakan bahawa dia akan meneruskan usahanya untuk membantu saudara se-Islam untuk solat subuh di masjid.

image is not available

Hebat Alif! Semoga insiatif ini berjaya di peringkat global.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.