Usaha banteras lumba haram terus diperhebat

LocalCars
20 Jul 2026 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Usaha banteras lumba haram terus diperhebat

TAWAU: Usaha membanteras kegiatan lumba haram terus diperhebatkan menerusi pelaksanaan Op Samseng Jalanan di tiga lokasi tumpuan di sekitar daerah ini pada Sabtu.

Hasil operasi berkenaan membawa kepada sitaan 11 buah motosikal atas pelbagai kesalahan.

Dalam operasi terbabit Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah  menjalankan pemeriksaan terhadap seramai 55 individu dan 52 buah pelbagai jenis kenderaan dengan penyitaan terhadap 11 buah motosikal dijalankan mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Wilynton Enchana Watt berkata operasi yang dijalankan tertumpu di sekitar kawasan Jalan Apas, Jalan Chong Thien Vun dan Jalan Kabota dari jam 10 malam sehingga 2 pagi.

“Pihak polis turut mengeluarkan sebanyak 24 keping saman atas pelbagai kesalahan seperti memandu tanpa lesen, mengubah suai ekzos dan struktur kenderaan selain menggunakan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi.

“Kesalahan-kesalahan lain yang turut dikesan termasuklah memandu di bawah umur, tidak memasang cermin pandang belakang, brek tidak berfungsi dengan baik dan lesen memandu tamat tempoh,” katanya di sini pada Ahad.

Wilynton berkata operasi itu juga dijalankan serentak dengan penguatkuasaan Op Mabuk dan polis berhasil mengesan seorang pemuda berumur 23 tahun yang disyaki dipengaruhi alkohol semasa menunggang motosikal.

Menurutnya penunggang motosikal terlibat ditahan selepas bacaan yang direkodkan mendapati kandungan alkohol pemuda itu melebihi had dibenarkan dalam ujian pengesahan menggunakan Evidential Breath Analyzer (EBA II).

“Penunggang yang disyaki menaiki motosikal dalam keadaan mabuk terbabit ditahan di bawah Seksyen 45A APJ 1987 manakala motosikal yang digunakan oleh lelaki yang sama turut disita bagi membantu siasatan susulan,” katanya.

Mengulas lanjut operasi seumpama itu akan terus dipergiat secara berterusan di lokasi dan waktu berbeza bagi membanteras kegiatan samseng jalanan, lumba haram dan mengesan pemandu atau penunggang Mabuk.

Tambahnya pihak polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang individu yang sengaja melanggar undang-undang jalan raya khususnya sehingga mengancam keselamatan pengguna jalan yang lain.

“Jangan jadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan atau medan untuk menunjukkan kehebatan sementara keseronokan hanya mengambil masa singkat yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, kecederaan serius dan tindakan undang-undang yang akan memberi kesan kepada masa depan pelaku sendiri”, katanya.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan kecanggihan teknologi mutakhir ini yang melibatkan pelbagai jenis rakaman video turut menyebabkan setiap pelaku kesalahan sukar terlepas daripada tindakan undang-undang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved