Usaha berterusan budayakan STI kepada kumpulan sasar

LocalTechnology
6 Sep 2024 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Usaha membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) secara bersepadu khasnya kepada kumpulan sasar iaitu pelajar sekolah adalah usaha berterusan yang dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI).

Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata pelaksanaan Malaysia Techlympics adalah antara usaha membudayakan STI selaras dengan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2023.

“Tindakan ini menekankan pelaksanaan pelbagai inisiatif pembudayaan STI secara bersepadu, konsisten dan inklusif, yang mana mampu untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Usaha membudayakan STI ini dilaksanakan melalui pelbagai program MOSTI di seluruh negara secara dalam talian dan fizikal, bagi tujuan meningkatkan penyertaan dan capaian oleh masyarakat setempat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved