Usaha Hannah Yeoh selesai isu kuil secara harmoni terima pujian -“Kepimpinan yang baik!”

LocalPolitics
20 Jan 2026 • 10:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendekatan Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh dalam menangani isu pemindahan Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman di Jalan Masjid India nyata menarik perhatian ramai apabila ramai yang menyifatkan ia diselesaikan secara tenang dan berhemah tanpa mencetuskan ketegangan.

Hannah Yeoh berjaya urus dengan baik isu kuil di KL

Menerusi perkongsian beliau di Facebook sebelum ini, isu sensitif melibatkan rumah ibadat berusia lebih 130 tahun itu dilihat berjaya diuruskan dengan baik, sekali gus meredakan kebimbangan masyarakat yang mengikuti perkembangan pembinaan Masjid Madani di kawasan berkenaan.

Hannah Yeoh terima pujian

Susulan tindakan Hannah yang dianggap teratur dan tidak mencetuskan polemik berpanjangan menerima reaksi positif orang ramai, termasuk di media sosial.

Kebanyakan mereka menyifatkannya langkah tersebut sebagai matang dalam mengimbangi keharmonian serta kepentingan awam.

image is not available

Harap beliau jadi contoh yang baik buat banyak pihak

image is not available

Mesej yang jelas & manfaat kepada komuniti KL

image is not available

Terus pandang ke hadapan YB

image is not available

Artikel lain: Tapak baharu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman sudah siap disediakan kerajaan – Hannah

Walaupun isu tersebut masih menjadi perhatian, namun penyelesaian yang dicapai dilihat sebagai satu penanda aras awal terhadap keupayaan beliau mengendalikan isu-isu sensitif sepanjang memegang portfolio Menteri Wilayah Persekutuan.

Sumber: Facebook Hannah Yeoh