Usaha kesan 12 rakyat Malaysia di India giat dijalankan

LocalPolitics
12 Jul 2023 • 11:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wisma Putra.

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan 12 rakyat Malaysia di Himachal Pradesh, India.

Ia susulan laporan berhubung sekumpulan rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing berikutan fenomena hujan lebat melanda Wilayah Utara India pada Ahad lalu.

Wisma Putra menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa kumpulan berkenaan sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh dan menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di alamat 50-M Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi 110021 atau talian +91 85955 50594 dan e-mel mwdelhi@kln.gov.my.

"Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi dikunjungi," katanya.

Media tempatan Times of India melaporan hujan lebat di pergunungan Manali, Himachal Pradesh mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang, selain menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat di wilayah itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved