Usaha pelestarian Bahasa Dusunik diperkasa

10 Jul 2026 • 3:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Usaha pelestarian Bahasa Dusunik diperkasa

Kota Kinabalu: Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah (KBDS) terus mempergiat usaha memelihara serta melestarikan bahasa Dusunik.

Presiden KBDS Datuk Lawrence Gimbang berkata dianggarkan kira-kira 65 peratus masyarakat Dusunik kini tidak lagi bertutur dalam bahasa ibunda mereka dan ini menjadi antara faktor utama penubuhan KBDS.

“Tujuan KBDS adalah untuk memelihara, mengembang dan melestarikan bahasa Dusunik mengikut dialek masing-masing.

“Untuk mencapai tujuan tersebut KBDS menghimpunkan semua pendidik dan pakar-pakar bahasa Dusunik melalui perbincangan ilmiah, bengkel bahasa, perundingan kepakaran dan penganjuran pertandingan di semua daerah yang ramai penutur bahasa Dusunik di Sabah seperti Ranau, Tambunan, Tuaran, Keningau dan Penampang.

“Itulah sebab kami menubuhkan persatuan ini iaitu untuk menggalakkan masyarakat Dusunik agar berbangga dengan bangsa dan bahasa sendiri serta terus bertutur dalam bahasa ibunda agar ia tidak pupus, terutama sekali orang muda-muda yang sekarang kurang bertutur dalam bahasa Kadazan Dusun.

“Tujuan kami adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara bahasa ibunda khususnya golongan muda,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu pada Selasa.

Menurut beliau kunjungan berkenaan bertujuan untuk memaklumkan kepada Tun Musa mengenai kewujudan persatuan ini yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sejak 28 Februari 2022.

“Selain itu tujuan kunjungan juga adalah untuk memohon sokongan dan kelulusan menubuhkan Yayasan Bahasa Dusunik yang berfungsi mengumpul dana untuk membiayai semua aktiviti persatuan.

“Antara program yang telah dilaksanakan ialah Lawatan Kolaborasi Bahasa Ibunda di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent pada tahun 2022 serta Bengkel Membina Buku Kosa Kata dan Buku Cerita Dusunik pada tahun 2023,” tambahnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved