Usahawan Dakwa Rugi RM500,000 Gara-Gara Selebriti Tak Tunaikan Tanggungjawab

LocalBusiness & Finance
28 Mar 2025 • 8:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Menjadikan selebriti dan pempengaruh sebagai duta produk bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia perniagaan. 

Menurut laporan xtra, tidak semua mampu memberikan komitmen penuh, hingga menyebabkan pengasas produk berdepan kerugian besar.

Duta produk tak buat kerja?

image is not available

Itulah yang berlaku kepada usahawan Fadzil Ismail, pemilik jenama kopi tanpa bancuh Liquffe apabila beberapa selebriti yang dilantik gagal melaksanakan tugas promosi seperti yang telah dipersetujui. Akibatnya, dia mendakwa mengalami kerugian hampir RM500,000!

Tak dedah nama selebriti terlibat

image is not available

Walaupun kecewa, Fadzil memilih untuk tidak mendedahkan identiti selebriti terbabit kerana tidak mahu memalukan sesiapa.

Siapa artis tu biarlah saya tak dedahkan. Saya tak berniat nak aibkan atau malukan sesiapa.

Menurutnya, insiden ini memberi pengajaran besar dan membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih strategi pemasaran pada masa depan.

Serik guna duta, pilih urus sendiri

image is not available

Disebabkan pengalaman pahit ini, Fadzil memutuskan untuk menguruskan pemasaran produknya sendiri tanpa melibatkan selebriti.

Memang saya serik nak guna khidmat selebriti. Saya tahu bukan semua selebriti cuai jalankan tanggungjawab sebagai wajah atau duta produk.

Buat masa ini, dia lebih yakin untuk turun padang sendiri bagi mempromosikan produk miliknya.

#ApaKataOhmedia

Jika anda seorang usahawan yang ingin menggunakan selebriti sebagai wajah jenama, pastikan anda mempunyai perjanjian jelas dan pemantauan rapi. Jangan mudah terpengaruh dengan populariti, tetapi pilihlah mereka yang benar-benar komited dalam menjalankan tanggungjawab!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: xtra


The post

appeared first on

.