Usahawan melayu jangan berada dalam zon selesa

LocalBusiness & Finance
13 Aug 2026 • 11:23 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Usahawan melayu jangan berada dalam zon selesa

BENTONG: Matlamat melahirkan lebih ramai usahawan Melayu yang berjaya akan terbantut sekiranya penerima bantuan kerajaan terus berada dalam zon selesa, tidak mengembangkan perniagaan dan gagal menunjukkan kemajuan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan kerajaan negeri seharusnya dijadikan pemangkin untuk mengembangkan perniagaan, bukannya sebagai kebergantungan berterusan.

“Penerima bantuan perlu memanfaatkan geran yang diterima untuk meningkatkan jualan, memperbaiki kualiti produk dan memperkemas pembungkusan supaya mampu bersaing di pasaran,” katanya selepas Majlis Penyerahan Geran Usahawan Makmur dan Penyerahan Hasil Transformasi Produk Usahawan di bawah SIRIM Technopreneur Enterprise Program (STEP) Tahun 2026 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong, di sini, hari ini.

Seramai 101 usahawan menerima geran manakala 42 usahawan menerima bantuan transformasi pembungkusan dengan keseluruhan peruntukan berjumlah RM916,000.

Wan Rosdy berkata, usahawan tidak seharusnya selama-lamanya bergantung kepada bantuan kerajaan kerana matlamat utama adalah untuk membantu mereka berkembang sebelum mampu berdikari.

“Saya harap mereka tidak selama-lamanya bergantung kepada kerajaan. Sampai masanya mereka perlu berdikari kerana kerajaan pun banyak boleh berusaha untuk melahirkan usahawan-usahawan baharu pula.

“Apabila mereka berdikari, kita boleh bantu yang lain supaya lebih ramai lagi yang menjadi usahawan,” katanya. – UTUSAN

 

The post Usahawan melayu jangan berada dalam zon selesa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved