Usahawan & Rakan Baik Che Ta, Anas Zahrin Bantu Bayar Hutang Kontraktor RM7K

Entertainment
15 Dec 2024 • 10:11 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila pihak MARA telah menyita barangan dalam rumah pelakon, Rozita Che Wan setelah pelakon yang popular dengan drama Diari Ramadhan Rafique itu gagal membayar hutang MARA sebanyak lebih kurang RM1 juta.

image is not available

Susulan berita tersebut, seorang kontraktor yang menyediakan perkhidmatan pemasangan rumput tiruan yang dikenali sebagai BaNi Rahman telah mendedahkan di media sosial bahawa Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta tidak membayar hutang perkhidmatannya sebagai pemasang rumput tiruan di rumah pelakon itu pada tahun lalu.

image is not available

Walau bagaimanapun, setelah pendedahan yang dibuat oleh kontraktor itu tular di pelbagai platform media sosial, usahawan dan juga rakan baik Che Ta iaitu Anas Zahrin telah menghubungi kontraktor berkenaan untuk membayar hutang tersebut bagi pihak Che Ta.

image is not available

Difahamkan, hutang Che Ta kepada kontraktor pemasang rumput itu ialah sebanyak RM7,000.

Difahamkan juga, hutang Che Ta itu telah dilunaskan oleh Anas Zahrin. Kontraktor berkenaan turut berkongsikan bukti transaksi di mana hutang pelakon itu telah dibantu dibayar oleh usahawan berkenaan.

Pagi tadi sy dapat PM dari salah seorang sahabat baik Rozita iaitu tuan Mohamad Anas Zahrin. Syukur Alhamdulillah dia dah tolong settlekan bayaran sebanyak RM7000 kepada sy. Allahu betul tak sangka. Ini betul sahabat dunia akhirat. Xpenah lagi jumpa sahabat mcm ni. Bukan senang nak dapat sahabat baik mcm ni. Sudi tolong Rozita waktu die tengah susah. Diam-diam pula tu tanpa pengetahuan Rozita, “ tulisnya di Facebook.

Menerusi perkongsian di Facebook itu juga, kontraktor tersebut mengucapkan terima kasih kepada Anas Zahrin kerana telah membantu menyelesaikan bayaran tersebut.

Menurut kontraktor itu, dia akan menggunakan wang tersebut untuk membayar hutang pekerjanya dan selebihnya akan digunakan untuk menunaikan umrah.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.