Usahawan sambut hari lahir kucing di butik mewah, siap tempah hadiah khas

10 May 2024 • 6:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Usahawan sambut hari lahir kucing di butik mewah serta memakaikan haiwan tersebut baju berjenama mahal sebagai tanda kasih sayang terhadap peliharaannya itu.

Bawa ke butik jenama mewah

Datin Haliza Maysuri telah membawa kucingnya yang bernama Money ke satu butik jenama mewah untuk meraikan hari jadinya dengan dinyanyikan lagu serta dibawakan kek untuk haiwan berkenaan.

@halizamaysuri

Papa tempah khas hadiah hari jadi untuk Money, sampai dari Paris nanti Money buat unboxing @Louis Vuitton

♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

Usahawan sambut hari lahir kucing, bagi hadiah istimewa

Ujar usahawan itu lagi, suaminya telah menempah hadiah khas yang cukup istimewa kepada Money dan akan dibuka sewaktu mereka berada di Paris nanti.

Dalam video yang dikongsikan, dapat didengar yang usahawan terbabit berbincang mengenai harga hadiah untuk kucingnya yang bernilai mencecah belasan ribu ringgit.

image is not available

Usahawan sambut hari lahir kucing, ada yang nak jadi kucing pula

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang merasakan kucing berkenaan cukup beruntung kerana memiliki tuan yang kaya dan mampu menjaganya dengan baik.

Ada juga yang berseloroh mahu menjadi kucing dan dipelihara oleh usahawan tudung itu agar dapat dimewahkan dengan kekayaan seperti Money.

image is not available

Patut murah rezeki, tak lokek santuni kucing

image is not available

Apalah agaknya dalam fikiran staf2 kena nyanyi untuk kucing

Namun begitu, ada juga yang merasakan tindakan Datin Haliza seakan berlebihan walaupun tahu usahawan itu sememangnya golongan berada.

Mana tidaknya, sambutan hari lahir kucing yang diadakan di butik jenama mewah itu turut diraikan bersama kakitangan di sana yang membawa kek untuk ditiup kucing tersebut.

image is not available

Antara ragam orang berduit

image is not available

Kadang kala posting mengundang kesedihan orang lain

image is not available

Kucing tu pun nampak bingung

image is not available

 

Sumber: TikTok Haliza Maysuri