Usia 103 tahun, Atimah lalui pelbagai peristiwa bersejarah

9 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Usia 103 tahun, Atimah lalui pelbagai peristiwa bersejarah

PASIR SALAK: Seorang warga emas berusia 103 tahun tidak sabar untuk menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 pada 31 Ogos ini, meskipun tidak lagi mampu berjalan dan perlu menggunakan kerusi roda.

Atimah Narijan dari Kampung Tanjung Sari di sini, dilahirkan pada 1923 dan telah melalui pelbagai peristiwa bersejarah.

Wanita itu mempunyai lima anak iaitu empat perempuan dan seorang lelaki, 12 cucu serta tiga cicit.

Katanya, dia bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk sekali lagi menyambut Hari Kebangsaan yang cukup bermakna sepanjang hayatnya.

“Saya tidak sabar menanti tarikh keramat 31 Ogos ini. Setiap kali tibanya Hari Kebangsaan, saya teringat peristiwa ketika negara berdepan ancaman komunis.

“Setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, saya berasa terharu dan teruja kerana dapat menyaksikan perarakan di tele­visyen dan melihat rakyat Malaysia meraikan hari bersejarah itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Menurut Atimah, setiap kali mendengar laungan ‘merdeka’, dia berasa sebak kerana seolah-olah laungan itu ditujukan kepadanya yang pernah melalui keperitan ketika tanah air dijajah.

“Alhamdulillah, setiap tahun saya rasa bertuah kerana tarikh lahir saya pada 21 Julai 1923 disambut anak-anak dengan memotong pulut kuning dan mengadakan doa selamat di rumah,” katanya.

Katanya, setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, dia tidak pernah mengharapkan apa-apa, selain dapat berkumpul bersama keluarga dan menyambut 31 Ogos sambil menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan secara langsung di televisyen.

“Selagi hayat dikandung ba­dan, saya mahu terus menyemai patriotisme dalam kalangan generasi muda,” katanya. – UTUSAN

The post Usia 103 tahun, Atimah lalui pelbagai peristiwa bersejarah appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved