Usia Bukan Penghalang, Nenek-nenek Korea Selatan Tubuh Kumpulan Muzik Rap

Music
25 Feb 2024 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Usia bukan penghalang, itulah prinsip yang dipegang oleh nenek-nenek warga emas di Korea Selatan ini apabila mereka berlapan menubuhkan kumpulan rap tersendiri meskipun usia telah mencecah lebih 70 tahun.

Memetik laporan Astro AWANI, kumpulan rap warga emas yang dinamakan Suni and Seven Princesses itu telah menjadi selebriti tempatan apabila kumpulan mereka dijemput untuk membuat persembahan di pelbagai lokasi di Korea Selatan.

image is not available

Menurut ketua kumpulan, Park Jeom-sun, 81 tahun, dia merasakan dirinya seperti semakin muda walaupun usia sebenar telah melebihi 80 tahun selepas menjadi ahli kumpulan rap tersebut.

Difahamkan, kini mereka telah mempunyai kelab peminat tersendiri dan video mereka di YouTube juga telah mencecah 77 ribu tontonan daripada warganet.

Penubuhan kumpulan rap warga emas itu dilihat memberi sinar kepada penduduk di kawasan desa di Korea kerana kawasan kampung di negara itu kebanyakannya dihuni oleh warga tua memandangkan ramai anak muda telah berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Seoul.

Yang menariknya, lirik lagu rap mereka berkisar tentang kehidupan sebagai petani di desa.

image is not available

Namun, jangan main-main sebab mereka akan membuat persembahan sambil memakai baju dan topi seperti anak muda. Baru style kan!

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.