Usik Nak Peluk Pekerja Wanita, ‘Pengkid’ Terima Kecaman Netizen

Entertainment
14 Aug 2023 • 5:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bergurau ada batasnya, jangan sampai menimbulkan rasa takut yang boleh mengancam kehidupan seseorang. Satu kejadian tular di Twitter sejak beberapa hari lepas berkenaan dengan tindakan seorang wanita yang berpenampilan lelaki mengusik wanita lain.

Dalam video tersebut dilihat individu itu sedang mengusik pekerja wanita dengan bergurau senda dengannya, dia kemudiannya acah-acah seperti ingin memeluk pekerja wanita itu dan wanita itu cuba untuk mengelaknya.

 

“I suka kacau ini amoi sebab dia takut dengan I”

Dalam masa 3 hari, video ini telah meraih lebih daripada 8,000 jumlah perkongsian di Twitter dan rata-rata netizen menyirap tengok tindakan ‘pengkid’ itu, selain mengecam, ada yang anggap tindakannya itu boleh dilabelkan sebagai gangguan seksual.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Mudah-mudahan jadi pengajaran buat kita semua bahawa nak bergurau jangan sampai buatkan seseorang itu rasa tak selesa.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.