
Pendakwah sensasi, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menghargai segala teguran dan berterima kasih kepada semua guru, termasuk orang ramai berhubung kekhilafannya sebelum ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pendakwah yang berusia 40 tahun itu di laman Instagramnya, dia berharap apa yang berlaku memberi pengajaran buat dirinya dan semoga Allah memberkati orang ramai.
Ustaz Don berterima kasih

“Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan orang ramai di atas segala teguran dan peringatan buat diri saya. Saya amat menghargainya dan mohon maaf atas segala kekhilafan.
“Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua. Dan menjadikan di kalangan kita orang yang baik dan dicintai oleh orang yang baik, dan membentuk peribadi kita menjadi orang yang soleh dan dicintai oleh Allah,” katanya.
Ustaz Don berterima kasih

Harap netizen hentikan semua cacian
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen mengambil positif daripada permohonan maaf tersebut dan berharap orang ramai berhenti mencaci atau berkata buruk kepada ustaz Don.


Semoga dipermudahkan segala urusan
Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar urusan ustaz Don dipermudahkan malah ada juga individu sempat menitipkan nasihat agar dia lebih berhati-hati dalam menyampaikan dakwah kelak.


Sebelum ini, nama ustaz Don menjadi bualan hangat ramai apabila dia memberitahu salah satu waktu yang tidak boleh berpuasa ialah di hari raya pertama sama ada hari raya Aidilfitri atau Aidiladha.
Bagaimanapun, kenyataan itu telah mengundang kekeliruan ramai kerana umat Islam sebenarnya tidak boleh berpuasa pada hari Tasyrik yang merujuk kepada hari ke-11, 12 dan 13 dalam bulan Zulhijah.
Susulan itu, Don Daniyal akui kekhilafannya dan memohon maaf atas kekeliruan tersebut yang dilakukan tanpa sengaja.
Sumber: Instagram @ddaniyaldbiyajid

