Ustaz Don Dikecam, Didakwa Jadikan Kisah Nabi Adam & Hawa Sebagai Bahan Gurau?

Entertainment
10 Jun 2024 • 12:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pendakwah bebas Don Daniyal atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don kini sedang hangat menjadi tumpuan warganet di Malaysia kerana isu yang membabitkan dirinya selepas dia direhatkan oleh pihak RTM.

Nampaknya Ustaz Don semakin manjadi tumpuan apabila tular satu video jenakanya di media sosial baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Ustaz Don ada membuat satu jenaka terhadap isu dilemma kaum wanita yang tidak tahu makan di mana jika bersama dengan pasangan.

Oleh itu, Ustaz Don mengatakan bahawa dia akhirnya telah menemui jawapan dengan mengambil kisah Nabi Adam dan Hawa sebagai panduan.

“Kali terakhir seorang perempuan pilih untuk makan, Siti Hawa, kita semua kelaur daripada syurga, melawak je gurau, kalua tak boleh gurau duduk surau.”

 

Video gurauan tersebut telah membuatkan netizen dari platform media sosial X rasa kurang senang kerana adalah satu perkara yang tidak boleh dibuat main apabila ia berkaitan dengan kisah nabi.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Dia cuma nak bergurau je kot, mungkin ada lah sebab kukuh, kalau tak, takkan lah sebagai pendakwah boleh buat lawak sesuka hati.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.