Ustaz Don sudah bertemu pihak JAKIM -“Pendapat diberi & diterima dengan terbuka”

10 Jun 2024 • 4:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pendakwah bebas, Ustaz Don sudah bertemu pihak JAKIM hari ini apabila berkongsi gambar sewaktu perjumpaan tersebut di media sosial.

Pertemuan diatur oleh Jakim serta wakil KDN

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram, pihak pendakwah terbabit memaklumkan yang pertemuan tersebut telah diatur oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ustaz Fawwaz Fadhil pagi tadi dan berjalan dengan lancar.

image is not available

Ustaz Don sudah bertemu pihak JAKIM, pertemuan dalam keadaan santai

Dalam hantaran berkenaan, pihak Ustaz Don atau nama sebenarnya, Don Daniyal Don Biyajid memaklumkan pertemuan tersebut berjalan dengan suasana cukup harmoni apabila pandangan serta pandangan diberi dan diterima dengan baik.

Mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JAKIM kerana menjemput dan menerima kehadiran mereka.

“Pandangan dan pendapat diberi dan diterima dengan terbuka dalam suasana yang sangat harmoni.

“Terima Kasih kerana menjemput dan menerima kehadiran kami. Semoga pertemuan tadi memberi manfaat yang lebih besar buat semua. إن شاء الله,” tulisnya.

image is not available

Ustaz Don sudah bertemu pihak JAKIM selepas ‘direhatkan’ RTM

Terdahulu, pihak JAKIM memaklumkan akan memanggil Ustaz Don bagi memberi penjelasan berhubung kontroversi melibatkan pendakwah tersebut yang tersebar baru-baru ini.

image is not available

Walau bagaimanapun, memetik laporan dari Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyatakan pertemuan berkenaan akan berjalan dalam keadaan santai bagi merungkai permasalahan berkenaan.

Pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini telah ‘merehatkan’ Ustaz Don Daniyal daripada program Salam Baitullah susulan kontroversi pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW hingga mengundang pelbagai kritikan daripada beberapa pihak.

Sumber: Instagram agamigroup, Berita Harian (Samadi Ahmad)