Ustaz Kazim Elias Kongsi Cara Hindari Penyakit Ain - “Kalau Orang Puji Kita, Kena…”

30 May 2025 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim berkongsi cara untuk menghindari daripada penyakit ain.

Cara elak

Menerusi sebuah sesi temu bual bersama usahawan dan jurusolek Datuk Seri Alha Alfa, Ustaz Kazim menjawab pertanyaan mengenai penyakit ain yang sering didatangi tanpa disedari.

 

“Kalau orang puji kita, kena disebut dengan zikir. Jangan bila orang puji cantik, kita jawab ‘biasa je’.

 

“Jawapan macam itu boleh terkena ain. Kita tak tahu orang yang memuji itu niat mereka apa. Bila orang puji saja, sebutkan Subhanallah, Alhamdulillah Hazamin Fadli Rabbi,” kongsinya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka mengalami penyakit angin yang menyeksakan.

Selain itu, warganet turut mengucapkan terima kasih atas peringatan yang amat bermanfaat.

 

“Betul sangat… dulu orang puji saya makin kaya beli aset itu ini… saya tak pernah sikit gini. Tak  sampai enam bulan nikmat tu. Saya jatuh sakit dan kena tipu banyak benda… Astaghfirullah, kini saya faham apa itu ain.

 

“Bila terlalu terdedah dan mndedahkn dari media sosial zaman sekarang ni memang terbuka luas terkena pnykit ain ni... kena rajin baca doa-doa tertentu setiap lepas subuh dan maghrib.

 

“Bismillah.. terbaik pengkongsianya. Terima kasih pencerahanya Ustaz. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakba,” komen beberapa netizen.

View Original Article