Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Fiqh Yang Menjadi Persoalan Ramai

4 May 2026 • 1:28 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dalam Episod 24 Oh! Podcast dan sempena bulan Ramadhan ini kami menjemput Ustaz Rock untuk tampil menjawab 30 soalan Fiqh yang tular, termasuk pelbagai salah faham yang sering timbul sepanjang bulan Ramadhan. Dengan gaya penyampaian santai dan moden, beliau membincangkan isu-isu harian seperti hukum memakai lip balm dan perbuatan mengorek hidung ketika berpuasa dan pelbagai topik yang mungkin nampak remeh, tetapi sering menjadi persoalan ramai.

Apa yang membezakan pendekatan beliau adalah cara penyampaiannya yang mudah difahami, terutamanya untuk golongan muda yang ingin mendapatkan panduan agama tanpa rasa kekok atau terlalu formal. Setiap jawapan diberikan secara ringkas tetapi jelas, menjadikan ilmu lebih dekat dengan kehidupan seharian.

Episod ini bukan sahaja menjawab persoalan, malah membantu meluruskan salah faham agar ibadah dilakukan dengan lebih yakin dan tepat. Jom tonton episod penuh untuk mendapatkan penjelasan yang lebih menyeluruh dan praktikal bagi kita semua!

The post Ustaz Rock Jawab 30 Soalan Fiqh Yang Menjadi Persoalan Ramai appeared first on Oh! Media.
View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved