Ustaz Tegur Pakai Fesyen Tudung Khimar Ikat, Terdedah Rambut Dekat ‘Sideburn’?

Entertainment
3 Oct 2023 • 12:36 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seiring dengan perkembangan fesyen masa kini, wanita yang berhijab juga sama seperti mereka yang ‘free hair’ sudah bijak bergaya hingga mendapat perhatian ramai.

Boleh dikatakan terdapat pelbagai jenis fesyen tudung yang digayakan wanita berhijab antaranya fesyen tudung sarung, tudung bawal, shawl dan macam-macam lagilah.

“Risau nampak anak rambut”

Pun begitu baru-baru ini, seorang pendakwah, Ustaz Jafri Mahmoodi telah menegur satu trend tudung yang dikatakan viral dipakai oleh para wanita masa kini.

Menurut ustaz berkenaan, dia mula menyedari mengenai trend tudung khimar ikat itu ketika di Tanah Suci Mekah. Namun tudung ini baginya agak tidak sesuai dipakai kerana mendedahkan rambut di bahagian ‘sideburn’.

Saya pun ada tegurlah. Hati-hati tak salah nak pakai tudung yang jenis ikat tu tetapi ikatannya pada tepi boleh membuatkan rambut terkeluar.

“Jadi hati-hati takut nampak aurat-aurat kita,” katanya.

@jafrimahmoodi_off

Fesyen tudung terkini tapi kalau tak berhati-hati boleh nampak anak rambut kat sideburn. Nak berfesyen Ok cuma pastikan aurat tertutup sempurna. #fyp #jafrimahmoodi #jafrimahmoodiofficial

♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official

“Kena pakai anak tudung la dalam tu supaya boleh cover sideburn”

Rata-rata netizen setuju dengan nasihat ustaz berkenaan dan ada yang memberi cadangan supaya mereka yang memakai tudung fesyen itu untuk pakai bersama dengan anak tudung supaya anak rambut si pemakai tidak kelihatan.

image is not available

Tak salah nak pakai tapi pastikan tak terdedah aurat hingga nampak rambut.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.