Ustaz Trauma Diekori Wanita ‘Delusional’, Siap Datang Pejabat Nak Jumpa – “Andai Benar Encik Menaruh Harapan Yang Sama Seperti Saya…”

8 Feb 2023 • 6:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak tahan asyik diganggu, seorang lelaki digelar ustaz akhirnya mendedahkan tentang seorang wanita yang mengekorinya sejak 2 tahun lepas.

Perkongsian Fakhri tular dan meraih perhatian ramai di Twitter apabila dia meminta wanita tersebut berhenti mengganggu hidupnya.

Ciapan Fakhri telah mendapat 8 juta bacaan dan menurutnya wanita itu bukan sahaja mengekori tetapi juga turut berani mengepos hadiah dan datang ke pejabatnya.

image is not available

Lebih merimaskannya, wanita berkenaan juga turut menampal ‘poster’ yang tertera nombor telefon bapanya dan meminta Fakhri untuk berjumpa dengannya.

Kata Fakhri, dia telah pun menghubungi bapa wanita itu dan menceritakan tentang semua perbuatan anaknya di mana orang tuanya kemudian meminta maaf bagi pihak si anak.

Namun, apa yang lebih memeranjatkan adalah apabila wanita tersebut turut bertindak agresif dan menghempas pintu di hadapan ramai orang selain berkeras untuk menunggu Fakhri di ruangan staf.

Sangatlah psiko ya perempuan ini.”

Kata Fakhri gangguan yang dialaminya itu sangat serius tidak kiralah berlaku kepada mana-mana jantina kerana ia membuatkan orang yang diganggu rasa takut dan trauma.

Difahamkan, laporan polis telah dibuat untuk keselamatan dirinya dan orang lain yang berada di sekeliling kerana dia bukan sahaja diganggu secara fizikal tetapi juga di media sosial.

image is not available

Korang bacalah thread dia dekat Twitter, macam-macam wanita tu kacau hidup dia. Psiko!

image is not available 3 minggu lalu

Miss Universe Malaysia Cemas Diekori Pak Lebai, Pernah Ganggu Tahun Lepas - "Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak"