Ustazah Asni Fail Cerai, Suami Berkeras Nak Pertahan Rumah Tangga

LocalEntertainment
26 Nov 2026 • 5:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft ustazah asni

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asni Abu Mansor dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Mounir Abdul-Karim Kaddoura.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Tetuan Haiza Hazura & Associates pada Khamis.

Menurut peguam yang mewakili Mounir, Nor Hazura Hamzah, permohonan cerai tersebut telah difailkan oleh pihak isteri di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Suami enggan bercerai

images 2

Namun begitu, prosiding kes tuntutan perceraian berkenaan terpaksa ditangguhkan selepas pihak peguam Mounir memohon agar ia digantung susulan permohonan semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 19 Oktober 2026 lalu.

“Permohonan penggantungan prosiding ini telah diluluskan sementara menanti permohonan semakan diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Susulan kelulusan itu, mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula bagi kes tuntutan perceraian berkenaan pada 10 Februari 2029.

Dalam masa sama, Nor Hazura turut memaklumkan bahawa anak guamnya masih berhasrat untuk menyelamatkan rumah tangga mereka dan enggan berpisah.

“Encik Mounir komited untuk mempertahankan ikatan perkahwinan bersama isteri dan telah mengarahkan isteri untuk tinggal dan menjalani kehidupan berumah tangga bersamanya.

Encik Mounir juga berpendirian untuk mempertahankan haknya untuk didengar dan mendapat perbicaraan yang adil di Mahkamah mengikut proses undang-undang yang dipenuhi mengikut tatacara yang telah diperuntukkan,” jelasnya lagi.

Screenshot 2026 11 26 170619

Imbas kembali, pada 17 Oktober tahun lalu, Ustazah Asni pernah berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya bersama Mounir menerusi satu hantaran di Instagram. Dalam perkongsian itu, beliau meluahkan rasa syukur selepas kembali bergelar isteri kepada lelaki berketurunan Palestin yang juga warganegara Amerika Syarikat berkenaan.

Untuk rekod, Ustazah Asni sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nasir Rustam Al Hafiz sebelum berpisah. Hasil perkahwinan terdahulu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Yasmin Sofea, Muhammad Adam Shauqi, Mariam Hani dan Muhammad Naufal Kholili.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved