Ustazah Ini Kongsi Cara Kenal Pasti Kedai Yang Guna 'Pelaris', Tengok Mata Kasar Memang Tak Nampak!

7 Apr 2023 • 1:15 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Meskipun kita berada di tahun 2023 serta dunia yang semakin moden dan canggih -- namun realitinya masih ada lagi manusia yang bersifat dengki atau tamak, sehingga menggunakan amalan syirik untuk melariskan perniagaan atau kedai mereka.

Golongan ini tidak percaya dengan rezeki yang ditentukan Tuhan sehingga sanggup menggadaikan akidah dengan meminta pertolongan daripada makhluk ghaib demi menaikkan perniagaan sendiri.

Seorang pengamal rawatan Islam, Ustazah Nazirah Abd Rahim berkongsi sedikit pendedahan mengenai kisah jin pelaris di kedai makan baru-baru ini.

image is not available

Di bawah adalah perkongsian Ustazah Nazirah yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Ustazah nak makan di kedai. Kedai bukan sebarang-sebarang kedai boleh masuk. Suami akan tanya, “Kedai ni tak ok sayang,”

Jika tak ok ustazah akan jawab “Kita pergi kedai lain,”. Perawat dijaga Allah amalannya semua sudut.

image is not available

Hati-hati masuk kedai makan. Amalan-amalan khurafat banyak diamalkan. Bila kita makan, makanan tu ada ‘najis’ pelaris yang digunakan dari amalan syirik jin.

Mata kasar kita tak nampak. Pelbagai makhluk buruk di atas meja (nauzubillah) meletakkan ‘najis pelaris’. Allahuakbar.

image is not available

1) Makhluk itu dipanggil jin peludah kerana sebelum itu ia akan meludah kepada sesuatu makanan itu sebelum disajikan kepada pelanggan, agar pelanggan akan berasa ketagih untuk kembali datang ke kedai makan itu.

2) Bukan itu sahaja, kadang-kadang jin peludah turut menjilat pinggan mangkuk yang digunakan pelanggan yang mana proses ini dikatakan memberi tambahan perasa kepada makanan yang ingin disajikan.

3) Pelanggan yang makan akan menjadi sakit dan tak sihat lepas itu. Ada pelbagai simptom. Ada yang muntah-muntah, ada yang demam dan sakit berpanjangan.

4) Anak-anak pula akan jadi makin degil dan meragam saja.

5) Hati-hati, asasnya hati orang beriman akan tidak tertarik makan di kedai-kedai yang ada perkara khurafat.

image is not available

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

Maknanya: “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan ‘tiwalah’ itu adalah syirik.”

[Riwayat Imam Ahmad (3,615), Abu Daud (3,883) & Ibnu Majah (3,550)]

Imam al-Munawi berkata:

“Menggunakan tangkal dianggap syirik kerana bererti seseorang itu meyakini ia dapat memberi pengaruh (ta’thir) dan ini boleh membawa syirik kepada Allah.”

Al-Tibi pula berkata:

“Maksud syirik pada hadis di atas adalah apabila seseorang meyakini bahawa ia (jampi, tangkal dan tiwalah) mempunyai kekuatan dan mampu memberi kesan (dalam mempengaruhi/mengubah sesuatu) dan perkara tersebut adalah jelas bertentangan dengan tawakkal kepada Allah.

(Lihat Faidh al-Qadir, 6/121).

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Uqbah bin ‘Amir, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَلاَ أَتَمَّ اللَّهُ لَهُ وَمَنْ عَلَّقَ وَدَعَةً فَلاَ وَدَعَ اللَّهُ لَهُ

Maknanya: “Siapa yang menggantungkan tangkal, nescaya Allah SWT tidak akan selamatkannya daripada tangkal itu. Dan siapa yang memakai azimat, nescaya Allah SWT tidak sempurnakan azimat itu.”

[Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (20,090), Al-Hakim dalam al-Mustadrak (7,501) dan Ibn Hibban (6,096)]

image is not available

Justeru, kita sebagai pelanggan hendaklah sentiasa berhati-hati dalam memilih kedai makan dan memohon perlindungan Allah SWT daripada masuk ke kedai yang memakai pelaris khurafat.

Minta bantuan jin untuk lariskan kedai tu dah satu hal, ada juga yang hantar ‘makhluk halus’ untuk jatuh perniagaan orang lain pula.