
TAWAU: Seorang buruh pengangkat barang yang bergaduh dengan kawannya sendiri berdepan detik cemas, apabila dicederakan dengan senjata tajam sehingga ususnya terkeluar dari perut, dalam kejadian berhampiran pasar ikan di Bandar Tawau di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata suspek yang juga rakan sekerja mangsa kemudiannya berhasil ditangkap selepas polis menerima maklumat awam kira-kira jam 3.43 petang.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati suspek berumur 37 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Jasmin berkata kedua-dua lelaki itu pada awalnya bergaduh selepas saling cabar-mencabar antara satu sama lain, sebelum suspek yang disyaki dipengaruhi alkohol mencederakan kawannya dengan senjata tajam.
Menurutnya, akibat insiden berkenaan mangsa cedera parah apabila ususnya terkeluar dari perut dan sekadar berbaring di hadapan sebuah premis pasaraya yang turut terletak berhampiran Pasar Tanjung.
“Pasukan kita melakukan penangkapan kira-kira jam 5 petang pada hari kejadian terhadap suspek dan turut merampas senjata yang disyaki digunakan di dalam pergaduhan terbabit,” katanya. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 manakala penahanan pula mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.
Daily Express difahamkan mangsa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tawau untuk memasukkan semula ususnya ke dalam perut selepas dihantar ambulans.
