UTeM Adalah Universiti Pertama Menawarkan Program Sarjana Muda Perkomputeran Kuantum Di Malaysia

LocalTechnology
29 Jul 2026 • 7:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hari ini telah membuat pengumuman bahawa universiti tersebut akan mula menawarkan program ijazah sarjana muda dalam perkomputeran kuantum tidak lama lagi.

Naib Canselor UTeM Professor Datuk Dr Massila Kamalrudin mengatakan bahawa kursus ijazah ini diperkenalkan dengan kerjasama tiga universiti lain dari Amerika Syarikat, termasuklah University of Buffalo, University of Albany dan University of Texas untuk melanjutkan pendidikan, penyelidikan dan pembangunan bakat dalam sektor pengkomputeran kuantum.

Image from: UTeM Adalah Universiti Pertama Menawarkan Program Sarjana Muda Perkomputeran Kuantum Di Malaysia

“Program baharu ini direka untuk melahirkan graduan yang dilengkapi dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal dalam teknologi pengkomputeran kuantum, di samping memenuhi permintaan Malaysia yang semakin meningkat untuk pakar dalam bidang strategik ini, yang sedang pesat membangun di seluruh dunia.” kata beliau.

UTeM juga akan menjadi universiti pertama di Malaysia yang menubuhkan makmal khusus untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan dalam pengkomputeran kuantum. Makmal tersebut dilengkapi 23 komputer kuantum dengan keupayaan dua dan tiga qubit yang membolehkan pelajar menjalankan eksperimen dan latihan praktikal menggunakan teknologi pengkomputeran kuantum sebenar.

Kumpulan pelajar pertama program sarjana muda perkomputeran kuantum ini akan terdiri daripada 60 orang pelajar, dan akan memulakan program tersebut tidak lama lagi. Kumpulan pelajar pertama ini dijangka akan menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda dalam komputer sains (Perkomputeran Kuantum) pada tahun 2030 kelak.

Sumber: The Star

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved