UTM pinda tarikh majlis konvokesyen

24 Oct 2022 • 3:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Majlis Konvokesyen ke-66 UTM yang dijadualkan pada 19 hingga 23 November 2022 dipinda kepada tarikh baharu kerana bertindih dengan hari mengundi PRU15.

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menunda tarikh Majlis Konvokesyen Universiti UTM ke-66 pada 19 November ini yang kebetulan sama dengan hari mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

UTM dalam satu kenyataan memberitahu, perkara tersebut sudah mendapat perkenan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang juga Canselor UTM.

"Berikut adalah pindaan sesi yang terlibat bagi majlis berkenaan iaitu Sesi 1, 2 dan 3 diadakan jam 8 pagi dan 2 petang, pada 24 November serta jam 8 pagi, pada 25 November.

"Sementara Sesi 4 sehingga Sesi 9 kekal pada 21 dan 23 November seperti yang telah dijadualkan.

"Pindaan ini adalah bagi memberi laluan kepada semua warga UTM, graduan dan ahli keluarga menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi," menurut kenyataan tersebut pada Isnin.

Tarikh asal Majlis Konvokesyen ke-66 UTM sebelum ini dijadualkan pada 19 hingga 23 November 2022.

Tambah kenyataan itu, selaras dengan pindaan tersebut, graduan dimohon untuk merujuk laman web rasmi MK-66 menerusi pautan www.utm.my/convocation untuk sebarang maklumat terkini.

Pihak UTM juga memohon maaf kepada graduan atas kesulitan yang timbul dan amat menghargai pertimbangan dan komitmen semua dalam menjayakan majlis konvokesyen kali ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved