
Tahun lepas ada kedengaran yang Xiaomi akan melancarkan Pocophone F2. Informasi ini diketahui melalui wakil Xiaomi – Alvin Tse. Namun kicauan Twitter beliau telah dipadam. Hari ini, pengesahan kewujudan Pocophone F2 menjadi semakin kukuh. Ini kerana, tanda dagang yang didaftar oleh Xiaomi akhirnya ditemui. Duka cita dimaklumkan tiada langsung informasi mengenai peranti ini, seperti spesifikasi, harga, cip pemproses atau juga imej pengolokan.
Jika tahun 2018, sebaik sahaja tanda dagang Pocophone F1 tersebar di laman web – dalam masa terdekat sahaja Xiaomi melancarkannya secara rasmi. Jadi ada kemungkinan besar, Poco F2 akan dilancarkan dalam masa terdekat ini. Sama-sama kita nantikan.
