Tiga beranak maut

7 May 2019 • 1:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TANAH MERAH - Tiga beranak maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta Proton Wira yang bermuatan daun ketum di Kampung Nibong di sini pagi tadi.

Dalam Kejadian jam 7.30 pagi, mangsa Norzurita Shah Kadir, 26 menunggang motosikal jenis Ex-5 dan dua anaknya, Muhammad Adam Mukhriz Adnan, 6 dan Siti Husna Qaisara Adnan, 4, membonceng motosikal berkenaan.

image is not available
Mayat salah seorang mangsa diangkat ke unit forensik untuk bedah siasat.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Jeli untuk menghantar anaknya ke sekolah tadika manakala pemandu kereta berkenaan dari arah bertentangan.

Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dirempuh dari arah depan selepas pemandu kereta terbabit dikatakan masuk ke laluan mangsa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hassanuddin Hasan mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, pemandu Proton Wira turut ditahan untuk siasatan lanjut.