Covid-19: Bukit Aman tubuh pasukan khas pantau situasi Covid-19

16 Mar 2020 • 4:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi memantau perkembangan terkini penularan koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasukan khas itu diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata selain itu, pasukan khas berkenaan juga berperanan untuk memberi arahan berkaitan pencegahan Covid-19.

"Maklumat-maklumat berkaitan (pencegahan Covid-19) telah disampaikan kepada semua pengarah-PDRM, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah seluruh negara," katanya kepada Bernama hari ini.

Setakat tengah hari Ahad, Kementerian Kesihatan melaporkan, 190 kes baharu positif Covid-19 di negara ini menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.-Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved