Valve Memperkenalkan Sistem Penilaian SteamOS Compatibility Untuk Peranti Bukan Steam Deck

TechnologyDigital
15 May 2025 • 6:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang sedia maklum, Valve, syarikat disebalik platform penjualan permainan komputer Steam dan konsol permainan PC Steam Deck dilihat mahu memperkenalkan sokongan sistem operasi SteamOS mereka kepada lebih banyak platform.

Jika sebelum ini, Valve telah memperkenalkan penilaian Steam Deck Verified untuk menilai samada permainan-permainan komputer pada konsol Steam Deck, dengan penilaian SteamOS Compatibility pula, ia akan memperlihatkan penilaian jika sesebuah permainan itu boleh dimainkan pada peranti bukan Steam Deck yang menggerakkan sistem operasi SteamOS.

image is not available

Untuk para pembangun permainan komputer, Valve mengatakan permainan yang sudah disahkan Steam Deck Verified akan disahkan akan menerima penilaian SteamOS Compatibility secara automatik, jadi tiada perubahan yang perlu dilakukan oleh mereka.

Buat masa ini, ia dilihat bahawa hanya Lenovo Legion Go S yang akan menggerakkan sistem operasi SteamOS, tetapi selepas pelancaran produk tersebut, ia dijangka bahawa lebih banyak lagi konsol akan menyokong dan menawarkan pilihan untuk menggunakan sistem operasi tersebut.

Dengan sistem penilaian baru ini, ia dijangka akan memudahkan pengguna konsol SteamOS untuk melihat permainan-permainan apakah yang disokong dan boleh dimainkan pada sistem operasi tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved