“Vampire betul” – Netizen Terpukau Tengok Maria Farida Tak Dimamah Usia Dalam Video Throwback Birthday Anak

Entertainment
16 May 2024 • 4:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila disebut nama pelakon Maria Farida, pasti perkara pertama yang akan terlintas di fikiran kita adalah keayuannya biarpun umurnya kini sudah mencecah 50-an.

Sekali pandang pasti ramai yang tak percaya bahawa umur aktres ini sudah masuk 55 tahun! Ramai netizen terpukau melihat dirinya yang tidak dimamah usia apabila dia kongsikan video gambar-gambar lamanya sejak tahun 1997 sehingga kini.

Maria Farida ada muat naik satu hantaran di TikTok sempena tarikh ulang tahun kelahiran anaknya yang ke-27, dalam video tersebut, Maria Farida menunjukkan gambar-gambar lama anaknya sejak dia lahir dan membesar sehinggalah sekarang.

@mariafarida.official

My sonshine turns 27 years old today! My whole universe and all the stars above

♬ you are my sunshine – christina perri

Dalam masa 2 hari, video tersebut telah meraih lebih daripada 2 juta jumlah tontonan sehinggakan video tersebut tular ke platform media sosial X.

Bagaimanapun, melihat video tersebut, mata netizen tertumpu kepada Maria Farida yang dilihat tidak dimamah usia sehingga ada yang labelkan Maria Farida ini sebagai vampire.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Min bila tengok pun memang nampak tiada beza langsung, sikit pun tak berubah.

Sumber : TikTok, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.