Van Elektrik Konsep PV5 Dipertontonkan Di Kia EV Day 2024 – Pengeluaran 2025 Nanti?

TechnologyCars
15 Nov 2024 • 8:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selain mempamerkan kereta Konsep Kia EV4, semasa acara Kia EV Day 2024, Kia Asia Pasifik (APAC) turut memperkenalkan van elektrik Konsep Kia PV5 yang dibangunkan berdasarkan platform EV baharu, Platform Beyond Vehicle (PBV). Platform ini direka khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan mobiliti moden, menawarkan fleksibiliti dan penyelesaian komprehensif untuk pengguna dan perniagaan.

Reka Bentuk Model Konsep PV5

image is not availableimage is not available

image is not availableimage is not available

PV5 hadir dengan reka bentuk yang ringkas namun diberikan beberapa sentuhan futuristik yang menyerlah dan unik. Rekaan ini memberi nilai tambah untuk aktiviti perniagaan termasuk perkhidmatan pengangkutan barangan dan penumpang.

Kabin Model Konsep PV5

image is not availableimage is not available

Model konsep PV5 yang dipamerkan di Kia EV Day 2024 ini kelihatan menawan dengan ruang kabin yang diberikan sentuhan warna tema cerah pada segenap sudut, termasuk tempat duduk dan lapisan dalam bumbung (headliner).

image is not availableimage is not available

Bagaimanapun menurut Kia, hanya tempat duduk pemandu telah ditetapkan, susun atur tempat duduk lain pula boleh diubah mengikut keperluan. Tiga konfigurasi ditawarkan untuk ruang kabin PBV ini iaitu Basic Van, High Roof dan Chassis Cab.

Untuk Basic Van misalnya, susun atur kabin adalah seperti yang dipertontonkan di acara ini, dengan dua barisan tempat duduk penumpang belakang. Tempat duduk ini boleh dipusingkan untuk saling berhadapan antara satu sama lain.

Teknologi Model Konsep PV5

image is not availableimage is not available

Melalui laman web rasmi Kia, turut didedahkan bahawa PV5 menawarkan pelbagai ciri seperti sistem keselamatan canggih, sambungan OTA (Over-the-Air), kunci digital, tempat duduk dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan, serta aksesori tambahan lain.

Platform Terbaru yang Canggih

Seperti yang dinyatakan di awal artikel, PBV ialah platform pembangunan kenderaan atau van elektrik terbaru yang secara umumnya khas untuk kegunaan komersial. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan pengumuman bahawa Kia turut membangunkan sistem pengurusan armada untuk memudahkan syarikat menguruskan van-van elektrik yang digunakan.

Pengeluaran Tahun 2025

image is not available

Kia Concept PV5 merupakan model PBV pertama yang dijangka akan memasuki fasa pengeluaran sebaik kilang khusus untuk pengeluaran model PBV siap dibangunkan, iaitu seawal tahun 2025 nanti. Pengeluaran model PV5 akan disusuli oleh model PBV lain iaitu van besar, PV7 dan van lebih kompak, PV1.