Van Jenazah Di Melaka Mengaku Minta Bayaran Pengurusan & Hentikan Operasi Serta-merta – ADUN Duyong

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 6:11 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai mendakwa ada pihak meminta bayaran infak daripada waris seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun walaupun awalnya dimaklumkan perkhidmatan tersebut adalah percuma.

Akui buat kesilapan, VJM setuju hentikan operasi serta-merta

Terbaharu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem memaklumkan sebuah perkhidmatan van jenazah telah bersetuju menghentikan operasi secara serta-merta.

Selain itu, pihak tersebut juga mengaku ada membuat kesalahan ketika beroperasi susulan kontroversi dakwaan mengenakan bayaran kepada waris berkenaan.

Van jenazah mengaku minta bayaran dari waris

Katanya meskipun kini beliau sedang berada di Tanah Suci, namun Mohd. Noor Helmy memandang serius isu berkenaan serta meminta pegawainya bertemu dengan wakil van jenazah itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Hasil pertemuan itu, pihak terbabit mengakui ada membuat permintaan bayaran daripada waris bagi menampung kos operasi.

“Selepas semakan dilakukan, didapati terdapat kesalahan ketika menjalankan operasi dan pihak terbabit turut mengakui perkara tersebut,” ujarnya dipetik Sinar Harian.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Minta Bayaran Infak Untuk Pengurusan Pengebumian Kanak-kanak, Pengasas UKVJ Dakwa Wujud Kartel

Setuju henti perkhidmatan pengurusan jenazah, tiada pegawai forensik atau pegawai rumah mayat terlibat dengan operasi tersebut

Kata beliau lagi, ekoran daripada pengakuan dari pihak berkenaan, mereka turut bersetuju untuk menghentikan operasi perkhidmatan mereka berkuat kuasa serta-merta.

Beliau turut menegaskan tiada pegawai forensik mahupun pegawai rumah mayat di mana-mana hospital yang terbabit dengan operasi dijalankan oleh pihak berkenaan.

Mohd. Noor Helmy dalam masa sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Mr Wan Cai kerana membangkitkan isu terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved