Minta Bayaran Infak Untuk Pengurusan Pengebumian Kanak-kanak, Pengasas UKVJ Dakwa Wujud Kartel

2 Jul 2026 • 12:53 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui pengurusan jenazah merupakan salah satu fardu kifayah, di mana ia merupakan tanggungjawab bersama semua umat Islam.

Oleh itu, ada pihak yang mewujudkan pengurusan secara percuma bagi memudahkan urusan keluarga Allahyarham.

Pengasas UKVJ dakwa wujud kartel minta bayaran infak pengurusan jenazah kepada waris

Namun baru-baru ini Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai mendakwa wujud kartel atau scam perkhidmatan pengurusan jenazah.

Menerusi hantarannya di Facebook, Wan Cai mendakwa pihak berkenaan meminta bayaran infak daripada waris seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun meskipun awalnya memaklumkan perkhidmatan itu adalah percuma.

Didakwa minta bayaran infak kepada keluarga arwah selepas seminggu

Dalam hantaran itu, Wan Cai menjelaskan sewaktu di hospital waris diberitahu oleh pihak berkenaan segala urusan pengurusan jenazah tersebut dibuat secara percuma.

Akan tetapi dia mendakwa selepas sekitar seminggu pengebumian dilakukan, bapa kepada kanak-kanak itu menerima mesej meminta bayaran infak untuk pengurusan tersebut.

Apabila disoal pihak terbabit mendakwa bayaran itu dijelaskan sebagai sumbangan atau infak, akan tetapi jumlah yang diminta pula didakwa sudah ditetapkan.

Pihak berkenaan enggan ulas lanjut berhubung dakwaan minta bayaran infak untuk pengurusan pengebumian

Kecewa dengan perkara itu, Wan Cai turut menyifatkan ia satu tindakan yang tidak wajar kerana mengambil kesempatan dalam keadaan keluarga arwah yang baru kehilangan anak.

Memetik Berita Harian dalam pada itu, pihak berkenaan sewaktu dihubungi akhbar tersebut enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan tersebut.

Image from: Minta Bayaran Infak Untuk Pengurusan Pengebumian Kanak-kanak, Pengasas UKVJ Dakwa Wujud Kartel

Tunjuk bukti transaksi pembayaran bapa kepada pihak berkenaan

Dalam satu lagi hantaran dikongsikan oleh Wan Cai, dia turut meminta pihak itu menunjukkan bukti sekiranya mereka merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Selain itu, dia juga menunjukkan resit transaksi pembayaran yang dibuat oleh bapa arwah kepada pihak berkenaan.

Menurut Wan Cai, bapa arwah menjelaskan ia bukanlah isu pembayaran tetapi ketelusan.

“Bapa arwah tiada masalah nak bayar berapa pun. Cumanya jangan menipu dan tunggang perkataan percuma. Banyak lagi bukti yang ada.

“Insya-Allah, saya akan keluarkan satu per satu,” dedahnya lagi.

Image from: Minta Bayaran Infak Untuk Pengurusan Pengebumian Kanak-kanak, Pengasas UKVJ Dakwa Wujud Kartel
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved