Van NGO Bawa Puluhan Haiwan Peliharaan Terbalik Dil*nggar Lori, 3 Haiwan M*ti & 2 Wanita Cedera

13 Apr 2026 • 5:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Tular di media sosial memaparkan sebuah van yang membawa puluhan haiwan peliharaan terbalik dipercayai terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Simpang Ampat.

Menurut laporan, kejadian itu difahamkan berlaku pada pagi Ahad, ketika van pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penyelamat haiwan itu dalam perjalanan dari Melaka ke sebuah expo haiwan peliharaan di Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Hino dan sebuah van yang membawa 20 ekor kucing serta lima ekor anjing.

“Lori jenis Hino itu dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dari Johor menghala ke Perak dan difahamkan berada di lorong kiri.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti dari lorong tengah secara tiba-tiba masuk ke lorong kiri di hadapan lori berkenaan,” katanya.

image is not available

Menurutnya, lori itu telah mengelak ke kiri jalan dan masuk ke lorong kecemasan lalu melanggar bahagian belakang van terbabit.

Difahamkan, van berkenaan sedang berhenti di lorong kecemasan akibat masalah teknikal dan sedang menunggu bantuan pihak lebuh raya.

Dapat dilihat beberapa pet carrier mengalami kerosakan dan difahamkan sebahagian besar haiwan yang terlibat telah meloloskan diri akibat kemalangan itu. Namun, 13 ekor haiwan berjaya diselamatkan.

image is not available

Insiden itu telah menyebabkan dua ekor kucing dan seekor anjing mati manakala dua penumpang wanita berusia 33 dan 41 tahun mengalami kecederaan ringan.

Sumber: Harian Metro, Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.