Van Rosak, Lelaki Terkandas Tepi Jalan Dalam Kawasan Pedalaman Bersama Jenazah Bapa Mentua

Entertainment
23 Jun 2024 • 3:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki tular di media sosial selepas dia menangis kerana terkandas di tepi jalan sebuah kawasan pedalaman bersama jenazah bapa mentuanya.

Kejadian tersebut telah dikongsikan di Facebook oleh akaun Mohd Ariff Ahmad beberapa jam tadi.

Menurut perkongsian di Facebook itu, difahamkan, lelaki itu dan bapa mentuanya sebenarnya dalam perjalanan ke Bongawan dari Sandakan.

image is not available

Difahamkan, dia baru sahaja mahu membawa bapa mentuanya untuk tinggal bersama keluarganya namun bapa mentuanya meninggal dunia dalam perjalanan.

Mereka terkandas di tepi jalan itu kerana kenderaan yang dinaiki mereka rosak secara tiba-tiba.

Memetik Sinar Harian, dia berharap akan ada van jenazah yang lalu di kawasan mereka terkandas itu untuk membawa jenazah bapa mentuanya.

Namun, difahamkan juga, beberapa jam kemudian, ambulans telah tiba di kawasan tersebut untuk membantu mangsa dan jenazah bapa mentuanya untuk dihantar ke hospital, lapor portal Majoriti.

Sama-sama kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.