Vandalisme gereja: Lima remaja ditahan

17 Jul 2026 • 4:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Vandalisme gereja: Lima remaja ditahan

PENAMPANG: Lima pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian vandalisme di sebuah gereja di Putatan, dekat sini. Kesemua mereka ditahan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton, dalam kenyataan, berkata siasatan awal mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur menghina atau memperlekehkan mana-mana agama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan, manakala kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Beliau berkata polis memandang serius sebarang perbuatan khianat yang melibatkan rumah ibadat atau tempat beribadat kerana ia berpotensi menjejaskan ketenteraman awam serta keharmonian masyarakat.

Sammy memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus dan profesional mengikut lunas undang-undang.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan gambar serta video berkaitan kejadian kerana tindakan itu boleh mengganggu siasatan dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas kerjasama menyalurkan maklumat yang membantu polis menyelesaikan kes itu dalam tempoh singkat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved