Vantage Studios Ialah Nama Subsidiari Baharu Ubisoft dan Tencent

Gaming
3 Oct 2025 • 4:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vantage Studios ialah nama subsidiari baharu Ubisoft dan Tencent yang diumumkan pada Mac lalu. Ia kini bertanggungjawab membangunkan permainan siri Assassin’s Creed, Far Cry, dan Tom Clancy’s Rainbow Six. Syarikat baharu ini adalah bernilai €4 bilion (~RM 19.13 bilion) dengan Tencent melaburkan €1.16 bilion (~5.55 bilion) bagi memegang 25% pegangan syarikat. Charlie Guillemot dan Christophe Derennes pula dilantik sebagai CEO bersama Vantage Studios.

image is not available

Sebelum ini Tencent sudahpun memegang 10% saham Ubisoft dengan ura-ura mereka berminat mengambil alih syarikat daripada keluarga Guillemot yang menubuhkannya pada tahun 1986. Dengan ini semua permainan di bawah siri Assassin’s Creed, Far Cry, dan Tom Clancy’s Rainbow Six akan dibangunkan oleh subsidiari baharu.

Semua IP permainan yang pernah dibangunkan, sedang dibangunkan dan akan dibangunkan selepas ini juga akan dipegang selama-lamanya oleh subsidiari baharu. Studio yang akan terlibat pula ialah Ubisoft Montréal, Quebec, Sherbrooke, Saguenay, Barcelona, dan Sofia.

Pada ketika ini Tencent sudah memiliki atau melakukan pelaburan besar ke dalam syarikat permainan video Riot Games, Epic Games, Larian Studios, From Software, Krafton, Activision Blizzard, Remedy, Supercell dan banyak lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved