Vanzo tembusi rangkaian Watsons, ParknShop dan Fortress di Hong Kong menerusi pengedar eksklusif, Greatmart

LocalBusiness & Finance
7 Aug 2026 • 4:30 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Vanzo tembusi rangkaian Watsons, ParknShop dan Fortress di Hong Kong menerusi pengedar eksklusif, Greatmart Image from: Vanzo tembusi rangkaian Watsons, ParknShop dan Fortress di Hong Kong menerusi pengedar eksklusif, Greatmart amree07/08/2026 - 16:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 OgosVanzo Holdings Berhad memperkukuhkan strategi pengembangan antarabangsa dengan produk jenama itu bakal menembusi tiga rangkaian peruncitan utama di Hong Kong, China.

 

Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, barangan keluarannya akan dapat dijual menerusi Watsons Hong Kong, ParknShop dan Fortress menerusi pelantikan pengedar eksklusif baharu.

 

Anak syarikatnya, Vanzo Hong Kong Limited (VAHK), memeterai perjanjian pengedaran eksklusif dengan Greatmart Development Ltd (GDL) bagi mengedar pelbagai produk berjenama Vanzo di pulau tersebut.

 

"Perjanjian ini memberi hak eksklusif pengedaran produk yang diluluskan Vanzo di Hong Kong bagi tempoh awal selama dua tahun bermula 7 Ogos 2026 hingga 6 Ogos 2028," jelas kumpulan berkenaan.

 

GDL ujarnya, turut diberikan pilihan pembaharuan secara automatik untuk tempoh setahun berikutnya tertakluk kepada syarat yang dipersetujui, sekali gus memperkukuhkan rangkaian pengedaran di sana. 

 

Tambahnya, GDL ditubuhkan di Hong Kong pada 1997 berpengalaman dalam perdagangan global, aktiviti import dan eksport serta pengedaran borong, yang diyakini memperluaskan capaian produk Vanzo.

 

Vanzo_DagangNews2026

 

Katanya, portfolio produk berkenaan merangkumi pewangi kereta, reed diffuser, peresap wangian pintar, isian semula minyak wangian serta koleksi berlesen seperti Hello Kitty, Marvel dan Disney Princess.

 

"Hong Kong merupakan pasaran strategik yang berfungsi sebagai pintu masuk penting jenama pengguna premium di China dan rantau Asia Timur, selain ada permintaan kukuh produk gaya hidup," ujarnya.

 

Pengarah Eksekutif Vanzo, Eddie Ng berkata, kerjasama itu mencerminkan keyakinan ke atas kepakaran GDL dalam pengurusan saluran runcit, di samping memperkukuh kesedaran jenama serta akses pengguna.

 

Sepanjang tempoh perjanjian, GDL bertanggungjawab membangunkan pengedaran, pemasaran, selain menyediakan maklumat pasaran dan laporan prestasi jualan bagi menyokong pembangunan jenamanya.

 

Beliau menjangkakan perjanjian itu tidak memberi kesan material terhadap modal saham atau pegangan saham utama, namun dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan keuntungan syarikat itu.

 

"Perkembangan ini mengukuhkan strategi pengembangan antarabangsa serta aspirasi Vanzo muncul sebagai jenama wangian dan gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara dan China," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved