Belanjawan 2020 – Kerajakan Memperuntukkan RM20 Juta Untuk Pembangunan Esukan Tempatan

TechnologyDigital
11 Oct 2019 • 4:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pembentangan belanjawan 2020 sedang berlangsung pada waktu ini dan antara pengumuman yang menarik perhatian kami ialah dana untuk pembangunan esukan tempatan. Sebanyak RM20 juta diperuntukkan dan ini adalah peningkatan dua kali ganda berbanding RM10 tahun lalu.

image is not available
Dana ini akan digunakan untuk memacu lagi pembangunan sukan elektronik di Malaysia yang berkembang maju sejak dua tahun kebelakangan ini. Malahan dengan esukan kini menjadi antara acara rasmi di Sukan SEA, dana ini boleh digunakan untuk memberikan latihan yang lebih baik kepada atlet Malaysia sekaligus meningkatkan peluang mereka untuk memenangi pingat.