Velesto menang kontrak AS$51 juta bagi operasi penggerudian di pantai timur Semenanjung Malaysia

LocalBusiness & Finance
22 Jul 2026 • 6:11 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Velesto menang kontrak AS$51 juta bagi operasi penggerudian di pantai timur Semenanjung Malaysia Image from: Velesto menang kontrak AS$51 juta bagi operasi penggerudian di pantai timur Semenanjung Malaysia hamden22/07/2026 - 18:11 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Julai - Velesto Energy Berhad (Velesto) meraih kontrak bernilai kira-kira AS$51 juta (sekitar RM216 juta) daripada Hess Exploration And Production Malaysia B.V., anak syarikat milik penuh Chevron, bagi menyediakan perkhidmatan bersepadu untuk kempen pembangunan Lembangan Melayu Utara yang terletak di luar pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia.

 

Dalam satu kenyataan, Velesto berkata kontrak itu dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuhnya, Velesto Drilling Sdn. Bhd., oleh Hess Exploration And Production Malaysia B.V., yang merupakan Kontraktor Aturan Pengeluaran (PAC) kepada PETRONAS.

 

Kontrak tersebut melibatkan penyediaan perkhidmatan bersepadu pelantar, penggerudian dan penyiapan telaga (i-RDC) bagi Kempen Pembangunan Lapangan Penuh Lembangan Melayu Utara 2026 hingga 2028 milik Chevron Malaysia.

 

Di bawah kontrak itu, pelantar NAGA 8 akan digunakan bagi menyokong kempen penggerudian Chevron Malaysia bermula Ogos 2026 hingga 2028.

 

Menurut Velesto, kontrak berkenaan merupakan kontrak i-RDC kedua yang diperoleh kumpulan bagi menyokong program pembangunan Lembangan Melayu Utara, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan bersepadu dalam industri minyak dan gas negara.

 

Presiden Velesto, Megat Zariman Abdul Rahim berkata, penganugerahan kontrak tersebut mencerminkan keyakinan pelanggan terhadap keupayaan kumpulan dalam menyediakan penyelesaian bersepadu yang berkualiti dan selamat.

 

"Kami berbesar hati menerima penganugerahan kontrak ini dan menghargai peluang untuk terus menyokong kempen penggerudian pelanggan kami.

 

"Kontrak ini mencerminkan kekuatan tawaran perkhidmatan bersepadu kami serta komitmen untuk memastikan operasi yang selamat dan penyampaian perkhidmatan berkualiti.

 

"Kami berharap dapat terus mencipta nilai kepada pelanggan sepanjang pelaksanaan kempen ini," katanya.

 

Beliau berkata, kontrak itu turut mengukuhkan komitmen Velesto dalam menyediakan perkhidmatan bersepadu meliputi pelantar, penggerudian dan penyiapan telaga bagi aktiviti pembangunan luar pesisir di Malaysia. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved